Thursday, 3 November 2016

MAJLIS PENUTUP PASCA PSRA 2016


Sekalung Perhargaan Dan Terima Kasih
kepada ;
En Rizam b. Hj Ismail
Pengerusi Kelab Sukan, Kesenian dan Kebudayaan
Daerah Sabak Bernam

KHATAM PERDANA KALI KE 2 TAHUN 2016



Acara Khatam Perdana Serentak Negeri Selangor kali ke 2 tahun 2016 telah diadakan pada 3 November 2016. Seramai 20 orang murid tahun 6 terlibat menjayakan program tersebut. Ustaz Abdull Halim Umar telah bertindak sebagai Mumtahin bacaan Khatam al Quran. Tuan Guru Besar dalam ucapannya menyarankan semua murid-murid menjadikan al Quran sebagai teman dan meneruskan bacaan al Quran walaupun telah khatam. Semoga al Quran akan menjadi petunjuk kepada semua murid. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang ibu bapa bagi meraikan semua murid-murid.

Thursday, 27 October 2016

PASCA PSRA 19 : FUTSAL TERBUKA PASCA PSRA


Penyelaras : Ust. Abdull Halim b. Umar

Pengadil  :
  1. Ust. Salleh b. Imam Ahmad
  2. Ust. M. Zulfahmi b. Abd Razak

PASCA PSRA 18 : BOLA JARING TERBUKA


Penyelaras Program : Ustazah Siti Maskhita bt. Ahmad Tubi
Pasukan terlibat  :
  1. SRA Tebuk Mufrat
  2. SRA BNO 1
  3. SRA BNO 2

Wednesday, 26 October 2016

PASCA PSRA 17 : KUIZ JAWI

Murid-murid dicabar minda menguji tahap kecekapan aplikasi jawi. 
Guru pembimbing ialah Ustazah Tun Sri Fatimah bt. Parmah

Tuesday, 25 October 2016

PASCA PSRA 16 : LAWATAN BALAI CERAP



Terima kasih kepada Balai Cerap Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor di Sg Lang Sabak Bernam. Murid-murid didedahkan cara membuat cerapan dan menentukan anak bulan, gerhana dan vara menentukan arah kiblat.

Friday, 21 October 2016

PASCA PSRA 14 : PENGURUSAN JENAZAH


Terima kasih kepada Nazir dan AJK Masjid Ubudiyyah di atas inisiatif memberi pengalaman sebenar mengkafankan jenazah. Syukran Jazilan juga kepada tuan penceramah Ustaz Hj Kamal b. Sahlan Mantan Imam Masjid Jamik Pekan Sabak

Thursday, 20 October 2016

PASCA PSRA 13 : BBQ IDAMAN



Terima kasih kepada semua AJK PIBG dan AJK Kelab Penyokong PSRA yang bertungkus lumus melayan anak-anak dalam BBQ IDAMAN

Tuesday, 18 October 2016

PASCA PSRA 11 : JORAN BERTUAH


Anak-anak nelayan mencuba nasib di parit... jadilah dapat anak ikan...

Monday, 17 October 2016

PASCA PSRA 10 : PENYAJAK MUDA


Semua murid-murid diminta menyediakan sajak berkaitan alam persekolahan mereka secara spontan dalam masa 10 minit. Tidak disangka mereka semua berbakat besar menulis sajak.

Friday, 14 October 2016

PASCA PSRA 9 : CHEF MUDA ' NASI GORENG TERANGKAT '


Menguji tahap kecekapan murid-murid di dapur. Tahniah ADAM dan kawan-kawan. Walaupun lelaki tetapi dapat menandingi aksi murid-murid perempuan yang lain.

Thursday, 13 October 2016

PASCA PSRA 8 : PERTANDINGAN POWER POINT

Terima Kasih kepada Pusat Internet 1Malaysia di atas kerjasama menjayakan program ini.

Wednesday, 12 October 2016

PASCA PSRA 7 : AMALI MANDI WAJIB

Murid-murid didedahkan berkaitan perkara yang menyebabkan mandi wajib dan kaifiat mandi wajib mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Guru-guru pembimbing ialah :
  1. Ustaz Abdull Halim b. Umar
  2. Ustazah Tun Sri Fatimah bt. Parman
  3. Ustazah Hjh Ramlah bt. Bawi

Tuesday, 11 October 2016

PASCA PSRA 6 : BERSAMA PDRM

Program bersama PDRM Sg Besar. Pegawai bertugas memberikan pendedahan kesalahan-kesalahan jenayah yang biasa dilakukan oleh murid-murid sama ada disedari atau tidak. Program ini juga melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5.

Monday, 10 October 2016

PASCA PSRA 5 : TAHSIN BACAAN SOLAT

Ujian lisan bacaan-bacaan dalam solat. Alhamdulillah semua murid LULUS dalam ujian ini. Pentasmi' ialah Ustazah Suzaila Sulaiman dan Ustazah Siti Fatimah Raji

KEPONG UPKK 2016

Program KEPONG UPKK 2016 dijalankan sempena menghadapi peperiksaan UPKK 2016. Dijalankan selama dua jam bermula 10.30 hingga 12.30 tengahari. Guru terlibat :
  1. Pelajaran Adab oleh Ust. Abdull Halim
  2. Pelajaran Sirah / Jawi oleh Ustazah Tun Seri Fatimah
  3. Pelajaran Tauhid oleh Ustazah Siti Maskhita
  4. Pelajaran Ibadah oleh Ustazah Suzaila
  5. Pelajaran Lughatul Quran oleh Ustazah Siti Fatimah

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK

Semoga mereka semua dikurniakan kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPKK 2016. M. Fahim, Lokman, Hakim, Puteri dan Fatini.

Friday, 7 October 2016

PASCA PSRA 4 : CERAMAH MEMASUKI ALAM REMAJA

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Abdull Halim b. Umar. Memberi pendedahan cabaran dan persediaan memasuki ' ALAM REMAJA '

Wednesday, 5 October 2016

PASCA PSRA 2 : KAIN RENTANG MUHARRAM

Murid-murid menguji kemahiran membina kain rentang " مع الهجرة "

Tuesday, 4 October 2016

PERASMIAN PASCA PSRA 2016


Program ini anjuran Unit HEM SRA Simpang 4 BNO dengan kerjasama Kelab Penyokong PSRA dan AJK PIBG SRA Simpang 4 BNO. Mulai 4 hingga 28 Oktober 2016. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

PASCA PSRA 1 : BINA KUMPULAN

Murid-murid tahun 6 telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan mereka dikehendaki menentukan :
  1. Nama Kumpulan
  2. Ketua dan AJK 
  3. Misi
  4. Visi
  5. Matlamat
murid-murid diajar cara berorganisasi sebagai persediaan mereka memasuki alam sekolah menengah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...